Jumaat, 16 Mac 2012

AGAMA


MURTAD : DARIPADA IMAN KEPADA KUFUR

Segala puji bagi Allah Rab al-'alamin, selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga  sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke hari kemudian.

Mutakhir ini kita dikejutkan dengan isu murtad. Murtad bukan sahaja berlaku di luar negara malah di dalam negara kita sendiri iaitu Malaysia. Tidak mustahil bagi kita apabila melihat bangsa kita iaitu bangsa melayu yang azalinya beragama islam telah murtad dan memeluk agama lain. Mereka hanya mempunyai status agama islam hanya pada kad pengenalan, namun 'soul' atau jiwa mereka cenderung kepada kekufuran. Kita pernah mendengar kisah Lina Joy, Sitt Al-wazura dan ramai lagi yang telah murtad memperlekehkan agama suci yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Dimanakah peranan kita semua dalam membela agama suci ini daripada terus diperlekehkan. Kita cukup marah sekiranya perdana menteri atau sultan diperlekehkan. Pelbagai tindakan yang dikenakan terhadap individu yang menghina sultan atau perdana menteri ini. Betapa taat dan patuhnya kita kepada sultan. Namun adakah golongan kehormat ini nabi kita atau tuhan kita yang kita bela sekiranya dihina atau dicaci. Jawapannya tentu sekali TIDAK. Kita selalu melihat perkataan 'I love Islam' atau 'We Love Allah and Nabi Muhammad'. Sampai ada yang menjadikan perkataan ini sebagai 'profile pictures' mereka di laman sosial. Tapi cukupkah sekadar memaparkan tanpa membuktikan cinta kita pada Allah dan Rasul kita. Dimanakah rasa marah dah geram kita pada golongan seperti ini. Tiadakah seorang individu yang memiliki perwatakan seperti Saidina Umar al-khattab yang begitu lantang dan berani dalam memerangi murtad ini agar agama islam ini terus dipelihara. 

Ramai yang masih tidak mengerti apa itu murtad. Disini ingin saya jelaskan murtad dari segi bahasa dan istilah. Dari segi bahasa, Murtad atau riddah dalam bahasa arab membawa maksud beralih daripada sesuatu kepada sesuatu yang lain. Dari segi istilah undang-undang islam pula, murtad merujuk kepada perbuatan beralih daripada memeluk islam kepada memeluk agama lain atau anutan lain. Mengikut mazhab kita iaitu mazhab Syafi'i murtad membawa maksud memutuskan islam dengan niat, ucapan kufur atau dengan perbuatan sama ada secara mengejek, mengingkari atau dengan iktikadnya.(Mughni al-Muhtaj, jil.4, hlm.134). Atau dengan kata lain murtad membawa maksud apabila seorang Muslim secara pilihan dengan Islamnya telah memutuskan untuk keluar sama ada dengan ucapan, perbuatan atau iktikad atau meragui apa-apa yang telah diketahui dalam agama secara darurat" 

Murtad merupakan ketagori kufur yang paling keji dan membabitkan hukuman serta implikasi yang amat berat. Dalilnya disebut di dalam al-quran.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Dan sesiapa antara kamu yang murtad(berpaling tadah) daripada agamanya(agama islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya(yang baik) di dunia dan akhirat. Mereka itulah ahli neraka dan kekal di dalamnya (selama-lamanya)". (Surah al-Baqarah 2:217). Ayat ini menjelaskan si murtad tidak berhak mengambil apa-apa pun yang menjadi hak bagi orang islam. Bukan sahaja tidak memperoleh bahagian dalam Islam, lebih malang daripada itu tiada pahalanya di ahri akhirat. Ditambah lagi firman Allah s.w.t yang bermaksud: Sesiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar. "Ini kerana sesungguhnya mereka mencintai kehidupan di dunia lebih daripada akhirat, dan bahawasanya Allah tidak memberi petunjuk kepada golongan kafir. "Mereka itulah orang yang hati, pendengaran dan penglihatannya telah dikunci mati oleh Allah dan mereka itulah orang yang lalai. "Pastilah mereka di akhirat nanti merupakan orang yang rugi". (Surah al-Nahl 16: 106-109). Ayat ini memberi gambaran kepada sesiapa sahaja yang kufur sesudah mereka beriman, Allah akan murka dan mendatangkan azab yang pedih ke atas mereka. Begitu juga, dipateri di hati, pendengaran dan penglihatannya sehingga tidak memahami sesuatu pun. Lebih malang lagi, dia akan dihukum dan kerugian pada hari akhirat kelak.

Daripada Zaid bin Aslam r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menukar agamanya, maka hendaklah dipancung lehernya".(Al-Muwatta')

Daripada Bahz bin Hakim, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia. Sesungguhnya Allah tidak menerima taubat hamba yang kufur selepas Islamnya". (Riwayat al-Tabrani, Nasb al-Rayah, jil.3, hlm. 456)

Berdasarkan nas-nas diatas, dapat disimpulkan bahawa hukuman terhadap sesiapa yang keluar daripada agama islam samaada melalui pengucapan, perbuatan dan iktikad, tau kufur dan syak pada perkara yang menjadi maklum dalam agama secara darurat(perkara yang kebiasaan diketahui oleh orang islam), maka hukumnya adalah murtad dan kafir. Dia juga layak dikenakan hukuman bunuh.

Saya ingin mengemukakan pendapat Syeikh Abi al-Hasan Ali al-Nadwi:

"Sesungguhnya dunia islam pada masa kini memerlukan dakwah islam yang baru. Dan sesungguhnya seruan dan matlamat pendakwah dan para 'amilin hari ini adalah menuju kepada iman yang baru. Ini bermakna , tidaklah memadai hanya slogan dan seruan tetapi mesti mempunyai asas, kefahaman dan pemikiran yang mendalam lagi bijaksana untuk menolak golongan cendekiawan yang mengeruhkan kehidupan".




Semoga dengan kefahaman dan keimanan serta kepercayaan dengan Islam sudah pasti kita dapat membebaskan diri daripada menjadi hamba falsafah Barat dan tamadun moden yang berkiblatkan kepada ketidakpercayaan agama. Sekian....
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan