Khamis, 26 April 2012

CUBA BACA TALKIN INI UNTUK DIRI SENDIRI


MAKSUD (DALAM RUMI) TALKIN YANG SELALU DIBACA UTK ORANG YG MENINGGAL DUNIA.

Masa baca tu, pada tulisan HURUF BESAR tu sebut nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah..
WALLAHU A'LAAMM.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik  dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada  orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,  hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya  melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu dua orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai
 SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba  Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.
Janganlah berasa gementar, janganlah takut dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
 
 Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,

Muhammad nabiku,

Islam agamaku,

Kitab suci Al-Quran ikutanku,

Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".

Wahai 
SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai 
SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.  Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.
(HABIS BACAAN TALKIN.. KALAU RAJIN SAMBUNG BACA KAT BAWAH INI...)


Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut" Firman Allah swt, "Demi masa,
 sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP. Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya ! Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.  Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya:

TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
 
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
 
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

Apabila datang hari qiamat dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
"Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga.
Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.
"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada  mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

*Sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. "Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"


Firman Allah :

"Dialah (Allah SWT) yang mentakdirkan adanya mati dan hidup, - untuk menguji kamu,

siapakah di antara  kamu yang lebih baik amalannya; dan Ia Maha Berkuasa, lagi Maha Pengampun.

(Surah al-Mulk ayat 2)

Fadhilat Rejab : Antara realiti dan fantasi


Fadhilat bulan REJAB
Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam. Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra’ dan mi’raj Nabi Muhammad saw. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.

Tarikan dan seruan yg ditiup kedalam jiwa umat Islam Nusantara terutamanya untuk melakukan ibadat kebanyakkannya dipengaruhi oleh penyebaran beberapa hadis-hadis yg mengandungi Fadilat-Fadilat beribadat didalam bulan ini. Jelas terlihat dari segi jualan buku-buku kecil yg mengandungi fadilat-fadilat bulan Islam begitu laris dipasaran menjelang bulan Rejab. Begitu juga dizaman era Internet ini (ICT), e-mail dan maling list yg di forwardkan mengandungi ‘cut & paste’ dari fadilat-fadilat Rejab yg terkandung didalamnya. Rata-rata tarikan fad’il (fadilat-fadilat) inilah merupakan faktor penarik kepada kebiasaan orang awam untuk melakukan ibadat sunat. Injeksi faktor ini dapat kita lihat dengan jelas penerapannya didalam budaya Melayu-Islam seperti rangkap-rangkap sya’ir dibawah ini:[1]

Rejab bulan menabur benihSya’ban bulan menyiram tanamanRamadan bulan menuaiRejab menyuci badannyaSya’ban menyucikan hatiRamadan menyucikan rohnyaRejab bulan marghfirahSya’ban bulan syafaatRamadan bulan menggandakan kebajikanRejab bulan taubatSya’ban bulan muhibbahRamadan dili! ! ! mpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknyaRejab digandakan 70 pahalaSya’ban diganda 700 pahalaRamadan diganda 1000 pahalaMungkin timbul beberapa persoalan yg tersimpan didalam lubuk hati kita: -mengapa bulan Rejab sahaja yg dipilih mempunyai kelebihannya? Pernah atau tidak kita terfikir yg mungkin berita-berita ini ditokok tambah (exaggerate) oleh manusia biasa yg bercakap atas nama Nabi saw? Mengapa didalam bulan ini terdapat solat-solat khas, zikir-zikir khas dan juga waktu-waktu khas untuk melakukan peribadatan? Disini kita ingin membawa beberapa penjelasan dari ulama’-ulama’ muktabar dan kontemporari mengenai kesahihan fadilat yg terdapat didalam bulan itu sendiri, dan apakah sebenarnya fadilat yg terkandung di dalam Rejab.
Bulan Rejab merupakan satu bulan dari bulan-bulan HaramBulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan ‘Haram’ didalam Islam. Dalilnya terdapat didalam Firmah Allah swt didalam Surah Al-Taubah ayat 9:“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa.”Menurut Tafsir Jalalain, yg dimaksudkan dengan “diantaranya empat bulan yg di hormati” ialah:

“Empat bulan Haram – Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab“[2]

Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama’ ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut. Didalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan (Zulhijjah), dimana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yg tidak menunaikan haji melakukan ibadat puasa. Rasulullah saw juga menggalakan umat Islam melakukan puasa sunat pada hari Asyura’ (10 hb Muharam).

Apakah terdapatnya kesahihan fadilat khas berpuasa didalam bulan Rejab?

Disini nyatakan pandangan para ulama’ mengenai kesahihan fadilat Rejab.

1] Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi

a. Fadilat Rejab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yg lain

Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat Rejab adalah sama seperti yg terdapat didalam 3 bulan-bulan Haram yg lain. Katanya [4]:

“tidaklah ada kesahihan didalam bulan

Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram, bahawa Allah swt telah menyebut didalam kitabnya – didalamnya ada 4 bulan haram – Al-Taubah:36. Iaitu

Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram. Itulah bulan-bulan yg mempunyai fadilat. Tidak terdapat Hadis Sahih bahawa Rejab khusus mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: Sesungguhnya Nabi saw banyak berpuasa didalam Sya’ban..”

b. Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab kebanyakkannya lemah dan palsu.

Beliau juga menyatakan bahawa hadis-hadis mengenai fadilat-fadilat khas Rejab kebanyakkan merupakan Hadis Palsu atau pun yg sangat Lemah tarafnya:

“Hadis ini dimaklumkan sebagai sebuah hadis yg mengandungi fadilat Rejab – “

Rejab bulan Allah. Sya’ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”….. Hadis in mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan beberapa ulama’ mengatakan hadis ini Palsu! …. yakni penipu..Maka bukanlah kepadanya nilai saintifik dan bukanlah mempunyai nilai agama.
Disitu ada hadis yg mengatakan terdapat Fadilat Rejab kepada sesiapa yg bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yg meminta beristigfar sekali kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran begini…. Ini semua adalah berlebih-lebihan (exaggeration), dan semuanya adalah pembohongan. Dari ini satu tanda satu penipuan didalam Hadis yg memasukkan perkara yg berlebih-lebihan….”

c. Ganjaran yg dijanjikan tidak sepadan dengan amalannya.

Pada beliau ganjaran-ganjaran yg dinyatakan didalam Hadis Palsu itu adalah sesuatu yg berlebih-lebihan. Ini merupakan satu pendustaan yg amat besar. Menurut beliau ganjaran sesuatu ibadat itu mestilah setimpal dengan bentuk ibadat itu sendiri. Katanya :

“Berkata ulama’ : Janji untuk mendapatkan ganjaran yg besar diatas perkara yg biasa, atau ugutan kepada azab yg pedih keatas dosa kecil? Ia menunjukkan bahawa ini merupakan Hadis yg bohong.”

d. Umat Islam perlu mengetahui jenis-jenis hadis yg Palsu

Dr Yusuf Qardhawi menyatakan bahawa sebagai seorang Islam kita wajib mengetahui mengenai hadis yg diberikan kepada kita. Tidak ada alasan yg boleh kita berikan kerana terdapatnya buku-buku yg banyak dipasaran mengenai taraf sesuatu hadis. Kata beliau :

“Ulama’ telah memberi amaran contohnya keatas Hadis Palsu dan Bohong ini, dan melarang manusia terhadapnya…sesungguhnya telah datang hadis :”Barangsiapa mereka-reka Hadis difikirkan, sesungguhnya ia menipu, maka dia adalah pembohong…..”(Riwayat Muslim didalam muqadimahnya yg Sahih), tetapi mereka tidak mengetahui bahawa ia adalah Hadis Palsu, maka ia wajib mengetahui, mengetahui hadis itu dari sumbernya …. maka disana ada Kitab Hadis yg Muktamad, di sana ada kitab khas untuk mengetahui Hadis Palsu, contoh Al-Maqasid Al-Hasanah, karangan Al-Shakhaawi dsb……….”

2. Ibnu Hajar Al-Asqalani (Pengarang Kitab Syarah Sahih Bukhari (Fathul Bari)

Ibnu Hajar mengatakan adalah menjadi satu kesalahan menetapkan sesuatu hari atau bulan itu khas untuk melakukan amalan. Kenyataan ini dapat di lihat di dalam fatwa Shiekh Al-Saqr[5] mengenai fadilat Rejab dengan memetik kata-kata Ibnu Hajar:

“Ibnu Hajar didalam makalahnya ada menyebut berkenaan dengan terdapat hadis-hadis yg melarang berpuasa

Rejab sepenuhnya, maka beliau berkata : Larangan ini terpulanglah kepada sesiapa yg berpuasa memuliakan Jahiliyyah, sebagaimana jika dia berpuasa dengan qasad (niat) yg bukan menjadikan penekanan atau mengkhususkan mengenai hari-hari yg dia berpuasa, atau pada malan tertentu dia berqiamullail, maka beliau percaya yg dilakukan itu adalah sunnah, maka ini adalah pekerjaan yg baik atas apa yg diletakkan dan tidak mengapa baginya. Maka jika ianya di khaskan atau menjadi suatu ketetapan, maka ia adalah DITEGAH (Mahzhur), dan makna penegahan itu di dalam hadis

Nabi saw bersabda :”Jangan mengkhaskan hari Jumaat untuk berpuasa dan jangan [mengkhaskan] malamnya berqiamullail”.Riwayat Muslim.

Jika mempercayai puasanya atau puasa ini lebih baik dari puasa lainya yg didalamnya terkandung puasa nazar, Ibnu hajar lebih cederung menegahnya, dan sebagaimana yg dinaqalkan oleh Abi Bakar Al-Thorthorshi didalam bukunya “Bid’ah wa hawadith” bahawa bulan

Rejab dibenci olehnya kerana 3 jenis:

1. Sesungguhnya jika orang Islam mengkhaskan puasa di setiap hari kemuliaan awam secara tahunan.

2. Menjadikan ia seperti kefarduan ramadhan, atau menjadikan ia sunat sebagai sunat yg kekal.

3. Kerana puasa ini mempunyai fadilat khas dan puasa-puasa yg lainnya kalau dengan itu apa yg dijelaskan oleh Rasulullah saw, : berkata Ibnu Dihya : “Puasa adalah amalan kebajikan”., Tidak terdapat fadilat berpuasa didalam Rejab maka perkara itu ditegah darinya. Tamat apa yg dinaqalkan oleh Ibnu Hajar.”

3] Dr. Sayid SaabiqMenurut seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq di dalam membicarakan bab puasa sunat, mengatakan bahawa :“Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yg berlebih dari bulan-bulan lain, melainkan sesungguhnya ia dari bulan-bulan yg haram”.

Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadilat-fadilat yg sama. Pendapat juga di sokong oleh mazhab Hanbali yg mengatakan menetapkan bulan Rejab sahaja untuk berpuasa sunat adalah makruh[6].

Hadis-hadis fadilat Rejab yg palsu atau dhaif. Dibawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu berkenaan dengan fadilat Rejab:[7]

∙         Barangsiapa yg mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam Rejab kemudian dia mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan Qul Hu Allahhu Ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia memberi salampada solat ini dengan 10 salam, maka tahukah kamu apa ganjaranya?-Hadis ini Mawdhu’ (palsu)

*Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas, kemudian beliau berkata hadis ini adalah Palsu.

∙         Barangsiapa yg melakukan solat pada malam Nisfi Rejab 14 rakaat dengan membaca Alhamdu 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20 kali, Qul A’uuzu Birabbil Falaq 3 kali, Qul A’uuzu Birabbin Nas 3 kali kemudian apabila dia selesai bersolat hendaklah ia berselawat keatas ku 10 kali kemudian dia bertasbih, bertahmid dan bertahlil 30 kali, maka Allah akan mengutuskan kepadanya 1000 malaikat.-Hadis ini Mawdhu’ (palsu)

*Dalam sanadnya terdapat beberapi Rawi yang majhul (tidak dikenali)

∙         Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan.-Hadis sangat Dhaif.

*Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar.

*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia adalah seorang rawi yg Matruk.

*Ibnu Hajar Al-Asqalaaniy telah menjelaskan bahawa para ahli hadis telah sepakat, bahawa hadis ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin As-Saaib, sedangkan rawi ini adalah seorang yg Dhaif.

∙         Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berpu! ! ! asa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah.

-Hadis ini Mawdhu’ (palsu)

*Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yg bernama Abaan merupakan rawi yg Matruk.

*Selain dari itu ada rawi yg bernama Amar bin Al-Azhar yg sangat suka memalsukan hadis.

∙         Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir.

-Hadis ini Mawdhu’ (palsu)

*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yg suka berdusta.

∙         Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga.

-Hadis ini Mawdhu’ (palsu) *Dalam Kitab Al-Laaly dijelaskan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Hussain bin Ali. Kemudian diterangkan bahawa hadis ini Mawdhu’.

Bagaimana beramal didalam bulan ini?

❖  Shiekh Mahmud Al-Sya’rawi[8] didalam menjawab satu pertanyaan mengenai apakan bulan dari bulan-bulan ‘am yg afdal manusia berpuasa selepas bulan Ramadan, beliau memetik hadis berikut diriwayatkan oleh Musnad Ahmad :“Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw, katanya : Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata : Jika aku berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah dibulan Haram, maka sesungguhnya didalamnya dari Taubat Allah swt keatas satu kaum, dan terdapat taubat didalamnya untuk satu kaum yg lain”Jelas disini menunjukkan bulan-bulan haram ini disunatkan berpuasa dan juga terdapatnya keampunan Allah swt didalam bulan-bulan ini.

Bagi bulan Allah Al-Haram tersebut, Rasulullah saw pernah bersabda : ((Seafdal-adfal berpuasa selepas ramadan ialah dibulan Allah Al-Haram)). Maka adalah baik bagi berpuasa, atau berpuasalah pada 9, 10 dan 11, itulah yg baik, begitu juga dengan Sya’ban dimana Nabi saw berpuasa dengannya”

~USTAZAH PILIHAN : Antara Realiti dan Fantasi~

Rakyat Malaysia hari ini semakin dihidangkan dengan pelbagai program realiti TV yang boleh diumpamakan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Satu persatu program realiti TV diperkenalkan oleh stesen-stesen TV sama ada stesen TV percuma mahu pun stesen TV berbayar. Daripada program berbentuk hiburan seperti Akademia Fantasia dan Mentor hingga kepada program berbentuk ilmiah seperti Akademi Al-Quran dan Imam Muda.


Terbaru, satu lagi program realiti TV diperkenalkan oleh Astro Oasis yang berjudul Ustazah Pilihan yang akan memaparkan pencarian muslimah sejati merangkumi segala aspek kehidupan seperti pendidik, pembimbing dan pemimpin kaum wanita dalam masyarakat. Menerusi Ustazah Pilihan, 10 peserta yang terpilih akan dibahagikan kepada dua kumpulan bagi meneruskan pembelajaran amali dan praktikal yang diperlukan sepanjang lapan minggu di akademi, yang bertujuan memantapkan pengetahuan dari aspek keagamaan, hal ehwal teknologi, kewangan, kemasyarakatan serta kekeluargaan. Mereka akan diberikan tugasan tertentu sepanjang minggu berlandaskan format kitaran kehidupan yang membabitkan isu semasa berkaitan wanita manakala pendekatan yang digunakan pula harus relevan dengan realiti wanita zaman kini, malah markah diberikan bersandarkan kedua-dua kerja iaitu hasil kerja kumpulan serta kesungguhan individu itu sendiri.


Hari ini, rancangan-rancangan televisyen yang berkonsepkan keagamaan dan ketuhanan makin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia khususnya umat Islam. Bukan sahaja industri lakonan yang semakin rancak dengan penghasilan filem dan drama berkonsepkan keagamaan dan ketuhanan bahkan personaliti-personaliti seni turut sama mula kembali ke jalan fitrah. Kita lihat bagaimana satu anjakan paradigma berlaku dalam hidup beberapa personaliti TV seperti Malek Nor, Bob Lokman, Sham Kamikaze, Irma Hasmie dan Catriona Ross. Malah antara yang paling mengejutkan ialah dengan kehadiran kumpulan Al-Mawleed yang terdiri daripada bekas anggota tiga kumpulan penyanyi urban terkenal iaitu Ruffedge, VE dan Innuendo yang kini beralih ke lagu-lagu berbentuk kerohanian.


Penghijrahan personaliti-personaliti terkenal tanah air diterima baik oleh masyarakat. Kita sememangnya mengharapkan nilai-nilai Islam diterapkan dalam segala aspek kehidupan termasuk dalam aspek hiburan seperti ini. Tambahan pula, realiti hari ini memperlihatkan bagaimana industri hiburan menjadi pengaruh besar kepada pemikiran dan perilaku kebanyakan masyarakat lebih-lebih lagi anak muda. Perkembangan ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat Islam lain untuk mencontohi nilai-nilai Islam yang ditunjukkan.


Lantas, apabila pertama kali mendengar hebahan Ustazah Pilihan, rasa begitu teruja untuk menonton rancangan tersebut. Title “Ustazah Pilihan” pasti menjanjikan ikon wanita muslim yang memiliki ciri-ciri pilihan seperti berilmu, berakhlak tinggi, bijak, petah berbicara dan ciri-ciri tambahan lain yang bakal melayakkan seseorang itu menjadi “Ustazah Pilihan”. Sudah terbayang di fikiran bagaimana ramainya nanti muslimah di luar sana yang akan menjadi penonton dan peminat setia rancangan Ustazah Pilihan. Pasti akan ramai juga jejaka-jejaka di luar sana turut teruja dan setia menonton wanita-wanita muslim peserta Ustazah Pilihan. Jika rancangan Imam Muda mendapat sambutan hangat daripada masyarakat muslim khususnya anak muda, saya yakin dan percaya rancangan Ustazah Pilihan akan mendapat sambutan yang jauh lebih hangat.


Pendekatan dakwah dengan memperkenalkan program Ustazah Pilihan merupakan satu alternatif yang pada awalnya dilihat mampu memberi manfaat kepada penontonnya. Pasti akan ada penonton-penonton wanita yang mula menjadikan peserta-peserta Ustazah Pilihan sebagai idola mereka, mencontohi peribadi mereka dan mula memasang angan-angan mahu menjadi seperti mereka! Tidak kurang pula penonton-penonton dari kaum Adam, pasti akan ada yang bercita-cita mahukan pasangan hidup yang mempunyai ciri-ciri seperti peserta-peserta Ustazah Pilihan yang mana antara kelayakan mereka menjadi peserta ialah berkebolehan dalam komunikasi, berilmu, berpegang kukuh kepada agama, berdaya fikir tinggi serta matang.


Jika diberi pilihan sama ada untuk membiarkan masyarakat khususnya anak-anak muda menonton rancangan Akademi Fantasia atau Ustazah Pilihan, sudah tentu kami memilih Ustazah Pilihan!


Namun begitu, jika dilihat dari satu sudut pandang yang lain, kami cukup bimbang sekiranya perlaksanaan program Ustazah Pilihan nanti tidak selari dengan syariat yang Islam tetapkan. Teori selalunya lebih mudah berbanding praktikal. Walaupun pihak penganjur mengatakan bahawa program ini akan berpaksikan hukum syarak namun sejauh mana hal ini terjamin sepanjang perlaksanaan nanti yang pastinya setiap perkara akan datang bersama ujian dan cabaran.


Kami mula mempersoalkan bagaimana agaknya penampilan peserta-peserta Ustazah Pilihan nanti. Kalau peserta Imam Muda tampil dengan imej segak dan menarik, apatah lagi kaum Hawa. Adakah wanita-wanita yang bakal menghiasi pentas Ustazah Pilihan akan berpakaian menarik walaupun menutup aurat? Yakinkah kita tidak akan terjadinya tabarruj iaitu berhias untuk memperlihatkan perhiasan badannya (mekap/gaya tudung)? Tidakkah program seperti ini secara tidak langsung akan mempertontonkan personaliti wanita? Di mana pula perasaan malu seorang wanita apabila dipertontonkan di khalayak ramai untuk dinilai, disebut-sebut kelebihannya malah dipertandingkan peribadinya sedangkan istimewanya seorang wanita itu pada sifat malunya.


Adapun bila menyebut soal kecantikan, pasti akan ada penonton rancangan Ustazah Pilihan yang memandang kepada kecantikan peserta lebih-lebih lagi penonton lelaki. Terjaminkah peserta-peserta Ustazah Pilihan tidak akan dipandang dan memandang? Sudah tentu tidak. Dan yang paling menjadi kebimbangan ialah apabila memikirkan hadis Nabi Muhammad SAW yang menyebut “Tidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih besar yang dihadapi kaum lelaki kecuali fitnah para wanita.” (HR Bukhari dan Muslim). Tidak akan tergugatkah iman kaum Adam walaupun sedikit apabila memandang peserta-peserta Ustazah Pilihan yang berkemungkinan menjadi idaman penonton-penonton lelaki kelak? Layakkah wanita-wanita yang menjadi tontonan lelaki, yang namanya sering meniti di bibir lelaki malah yang mungkin menjadi khayalan lelaki diangkat menjadi “Ustazah Pilihan”?? Sedangkan kita tahu wanita yang baik tidak dipandang dan tidak memandang.
“Ustazah Pilihan” yang sebenar menurut pandangan kami bukanlah wanita yang hanya memiliki ilmu yang tinggi dan bakat yang luar biasa tetapi adalah wanita yang teguh aqidahnya, istiqamah ibadahnya dan mulia akhlaknya. Sebuah hadis Nabi Muhammad SAW menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad).


Kami suka untuk mengambil pendekatan mencegah itu lebih baik daripada merawat. Kami melihat lebih banyak mudarat (keburukan) daripada maslahat (kebaikan) yang mungkin timbul daripada program Ustazah Pilihan. Banyak lagi pendekatan dakwah yang kita boleh ambil selain daripada mempertontonkan wanita kepada umum. Jika pihak penganjur masih berhajat mahu membentuk ikon pendakwah wanita melalui landasan akademik seperti ini, kami mencadangkan agar ia dijalankan secara tertutup dan tidak bersifat pertandingan. Islam memuliakan dan menghormati wanita, maka layanilah mereka dengan adil dan benar.


“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah" (Hadis Riwayat Muslim)

Yang bertudung Bukan Pilihan, Yang Menutup Aurat Jadi Idaman


Bismillahirahmanirahim
" Aku tak nak kahwin dengan perempuan yang bertudung !"
" Haa? Kenapa?"
" Aku nak kahwin dengan wanita yang tutup aurat."
Alhamdulillah. Tersenyum hati mendengar jawapan yang serius itu. Tentunya jejaka tersebut seorang yang sangat menjaga diri dan kehidupannya. Pasti dia bukan calang-calang lelaki. Bayangkanlah, pasangan hidup yang dipilih bukan sekadar bertudung tetapi lengkap menutup aurat. Dalam erti kata lain, dia sedar bahawa urusan perkahwinan bukanlah perkara yang remeh. Hanya insan yang mentaati Allah dan RasulNya sahaja yang terpaut di hati untuk dijadikan permaisuri dalam istana rumah tangga.
Lihatlah di sekeliling kita. Apa yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini? Berapa ramai wanita yang bertudung? Pasti boleh dibilang dengan jari bukan? Tidak ramai. Yang bertudung pula, tidak semua menutup aurat dengan sempurna.
Buktinya? Kita boleh lihat dengan mata kepala kita sendiri. Mereka bertudung tetapi tidak labuh hingga menutupi dada. Pakaian pula ketat, singkat, tipis, malah ada yang berlengan pendek. Jelasnya, mereka hanya bertudung namun dalam masa yang sama tetap mendedahkan aurat.
Hayati kembali perintah Allah ini;
ا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[33:59] 

Faktor inilah yang menyebabkan lelaki-lelaki yang beriman sangat memilih dalam soal pemilihan calon isteri. Bagi mukmin yang betul-betul hidup kerana Allah, dia pasti akan berfikir lima enam kali sekiranya diminta untuk memilih wanita yang 'bertudung tapi mendedahkan aurat'. Kemungkinan besar, permintaan wanita itu akan ditolak atau tidak dilayan.
Bagaimana pula dengan wanita yang langsung tidak bertudung ? Di mana mereka di hati orang mukmin? Adakah mereka akan menjadi pilihan hati lelaki-lelaki yang bertaqwa? Sudah pasti tidak! Sedangkan yang bertudungpun masih diragukan dan ditolak ke tepi, apatah lagi yang langsung tidak bertudung? Pasti akan dibuang sejauh-jauhnya.
" Cerewet sungguh orang-orang mukmin!"
Ya.. memang cerewet ! hehee..
Pernah membeli makanan di kedai kuih? Mana satu yang menjadi pilihan, kuih yang dibungkus penuh, atau kuih yang dibungkus separuh? Atau yang langsung tidak berbungkus? Saya yakin kita akan memilih yang berbungkus penuh kerana keadaannya dijamin lebih baik dan bersih.
Begitulah juga dengan orang-orang mukmin. Mereka memang sangat memilih dalam hal ini. Bukan apa, kehidupan berumah tangga diwujudkan semata-mata untuk beroleh rahmat daripada Allah agar bahagia di dunia dan di akihirat. Andai tersalah pilih atau memilih mengikut nafsu, maka akan hilanglah bahagia dikemudian hari.
Lagipun Rasulullah SAW pernah berpesan kepada kita semua ;
"Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/ keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung."
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
Rasulullah SAW ketika di tanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita pilihan yang diperlukan oleh suami, Rasulullah menjawab,
" Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh, wanita yang tidak mengkhianatinya (tidak curang), dan wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci."
[Riwayat Abu Daud dan Nasai]
Wanita yang bertudung tetapi masih mendedahkan aurat dikhalayak ramai merupakan wanita yang tidak serius menjalankan ketaatan kepada Allah. Wanita sebegini tidak mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhan. Lantas bagaimana hendak dipilih menjadi calon isteri?
Cuba fikirkan sejenak..
Sedangkan perintah Allah SWT sanggup diabaikan inikan pula kita sebagai manusia biasa? Sudah pasti dengan mudah akan diingkari bukan? Pada masa itu, jangan hairan sekiranya kebahagiaan itu beransur-ansur hilang. Semuanya atas pilihan kita juga.

" Tapi jodoh sudah ditentukan! Kalau dia ditakdirkan untuk berkahwin dengan orang yang tidak menutup aurat secara sempurna, apa boleh buat.. memilih-milihpun tiada guna."
Ya.. Jodoh memang sudah ditentukan oleh Allah. Allah sahajalah yang layak menyatukan hati-hati insan kerana hanya Dia yang mengetahui perihal hati. Kita jangan lupa bahawa jodoh atau ketetapan itu dijalankan dengan penuh keadilan oleh Allah SWT. Allah sesekali tidak akan menzalimi hambaNya. Allah tidak akan pernah mengecewakan hambaNya.
Lelaki baik yang beriman pasti akan berkahwin dengan perempuan baik yang beriman. Sebaliknya, lelaki yang tidak beriman akan berkahwin dengan perempuan yang tidak beriman juga. Demikianlah perempuan yang tidak mentaati Allah dengan menjalankan Islam secara sepenuhnya akan berkahwin dengan lelaki yang berperwatakan sepertinya. Itu janji Allah!
الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
[24:26] 

Maka, sebagai wanita..
Periksalah diri anda.. Tutuplah aurat dengan sempurna.
Bersungguh-sungguhlah mentaati Allah dan RasulNya.
Usahlah terlalu sibuk memikirkan siapa yang bakal menjadi pasangan hidup kita,
sehingga lupa untuk sibuk memikirkan siapa diri kita di sisi Allah..
Kerana sikap diri kita hari ini menentukan sikap pasangan kita kemudian hari.

Ibuku Seorang Pembohong

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.
Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu ceat memujuk. Ketika makan, ibu sering memberikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata: “ Makanlah nak, ibu tak lapar.” -PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar, ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat meberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.
Pulang memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, ibu duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.
Saya sedih melihat ibu seperti itu. Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata: “ Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.” -PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal ramaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.
Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu sedang mambuat kuih dengan bertemankan pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala ibu terhangguk kerana terlalu mengantuk. Saya berkata; “Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula.” Ibu tersenyum dan berkata; “Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi.” -PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mula menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata; “Minumlah nak, ibu tak haus!” -PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.
Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin para, seorang pak cik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya,ibu menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering kali menasihati ibu agar menikah satu lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga ibu dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata: “Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki.” -PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA-.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersengkang mata dan bersusah payah untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu, dan ibu berkata; “Jangan susah-susah, ibu ada duit.” -PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang membiayai pengajian saya, juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata; “tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang.” -PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh di seberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat ibu terbaring lemah dikatil hospital setelah menjalani pembedahan, ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata: “Jangan menangis nak, ibu tak sakit.” -PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongannya yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk yang terakhir kali.
Anda masih bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, ‘Ibu, saya sayangkan ibu.’ Tapi tidak saya... Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya... saya amat sayangkan ibu.....

Wanita tertua Perlis mahu kahwin lagi

Wanita tertua di Perlis berhasrat mahu kahwin lagi? Begitulah hasrat wanita yang berusia 116 tahun ini yang sedang mencari calon bagi menjadi pasangan hidupnya. Puan Ahmad berhasrat untuk mencari teman untuk mengisi kesunyian hidup berseorangan.

Puan Ahmad 116 Tahun
Puan menjelaskan hidupnya agak bosan kerana hidup bersendirian sahaja dan berharap menemui calon suami dari kawasan berdekatan tempat tinggalnya iaitu Padang Keria.
Puan mula mendapat perhatian media apabila kisahnya disiarkan setelah berlaku salah faham di dalam nombor kad pengenalannya. Media sebelum ini melaporkan Puan Ahmad yang berusia lebih 90 tahun telah bertukar menjadi “belasan tahun” berdasarkan nombor kad pengenalannya.
Semakan melalui JPN telah menemui rekod permohonannya ketika memohon kad pengenalan terdahulu. Justeru Puan Ahmad telah diiktiraf wanita tertua di Perlis kerana mempunyai tarikh kelahiran pada tahun 1896.

ANCAMAN BAHAYA FALSAFAH


Harus disedari bahawa umat Islam kini tidak hanya berhadapan dengan kesesatan aliran-aliran yang cuba mempertemukan ajaran ketuhanan di dalam Islam dengan pemikiran falsafah Yunani di bidang metafizikal sebagaimana yang telah berlaku di zaman lalu.
Bahkan, kita kini sedang dihadapkan dengan aliran-aliran yang berusaha menyelaraskan syariat Islam dengan falsafah dan pemikiran moden yang muncul di barat pada zaman ini, yang muncul dalam bentuk teori dan ideologi kemasyarakatan dari sudut politik dan ekonomi yang menolak ajaran agama.
Oleh itu, perlu difahami bahawa kesesatan-kesesatan ini tidak lagi muncul sebagai mazhab-mazhab ketuhanan, tetapi sebaliknya ia muncul sebagai aliran-aliran politik yang memperjuangkan cita-cita kemasyarakatan tertentu dalam bentuk pembinaan semula masyarakat di dalam semua aspeknya – politik, ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan – berasaskan kepada falsafah, teori dan ideologi yang tertentu yang mengenepikan ajaran Islam dalam aspek tersebut.
Jika dulu orientasi falsafahnya lebih memberi tumpuan kepada masalah ketuhanan, bersifat spekulatif dan sebagai penjelasan semata-mata kepada buah fikiran ahli falsafah, namun kini orientasi falsafahnya memberikan kepada manusia suatu kefahaman yang menyeluruh mengenai pengalaman hidup manusia di dunia ini dalam segala aspeknya menurut kaca mata kebendaan dan keduniaan.

Maka, sebarang pendapat yang membenarkan ajaran-ajaran teori dan falsafah sosial tersebut sebagai sebahagian daripada panduan yang boleh diterima pakai oleh umat Islam, WAJIBlah ditolak. Tidak boleh sama sekali ia dipakai sebagai asas dan titik tolak pemikiran, keilmuan, amalan atau pembaharuan umat Islam dan lebih-lebih lagi sebagai ajaran yang boleh diutamakan di atas mana-mana aspek dari ajaran al-Quran dan as-Sunnah.
Sesungguhnya kesedaran terhadap ancaman bahaya fahaman-fahaman falsafah tersebut di zaman ini telah pun diperingatkan oleh para ulamak Islam dahulu dan kini dari pelbagai lokasi di dunia. Antaranya adalah :
Sheikh Dr. Yusof al-Qardhawi :
"Sesungguhnya aliran-aliran dan ideologi-ideologi itu pada hakikatnya adalah suatu agama baru, agama-agama yang menolak isi kandungan agama (samawi), tetapi mengambil bentuknya. Ia sesungguhnya mencaci segala apa yang dibawa oleh agama dari perkara-perkara ghaib dan cara berfikir orang-orang yang kuat beragama dan dari keimanan mereka yang kuat lagi membara, akan tetapi dalam waktu yang sama ia mencedok semua ciri-ciri agama itu."
Maulanan Abu Hassan Ali an-Nadwi :
"Di kebanyakan negara orang-orang Islam hari ini, kita akan dapati sebahagian besar daripada orang-orang yang memegang teraju pemerintahan adalah terdiri daripada pemeluk ajaran baru ini, sungguhpun cara mereka bertaklid pada ajaran tersebut agak berlainan. Boleh jadi antara mereka ini yang mengaku beragama Islam tetapi dengan lisan sahaja, sedangkan perbuatan mereka adalah dipengaruhi oleh falsafah kebendaan dari barat yang menjadi asas penting bagi fahaman tidak bertuhan (mulhid)...yang anehnya, kemurtadan ini tidak disedari oleh para ulamak Islam. Dengan lain perkataan, satu 'revolusi dalam diam-diam' telah berlaku dikalangan umat Islam."
Prof. Dr. HAMKA :

"Ada pula yang mengakui bahawa ajaran dari ideologi itu sesuai dengan Islam, mereka tinggal itu sendiri dan mereka pilih ajaran lain itu.  Padahal kalau mereka berfikir sehat, kalau memang ajaran lain itu sebahagian yang sesuai dengan Islam, mengapa tidak Islam sahaja yang mereka pertahankan? Dan itulah sebabnya maka terdapat kerap kali terdapat orang Islam yang taat mengerjakan solat lima waktu padahal mereka mempertahankan Nasionalisme yang sempit. Itu pun sebabnya, ada ulamak yang berpidato di muka umum dengan mengemukakan beberapa ayat dan hadith Nabi untuk membela sosialisme dan komunisme."
Hakikat ini perlu kita fahami dengan sebaiknya supaya dapat menyelamatkan diri dan umat Islam daripada kepalsuan dan kesesatan pelbagai teori tersebut yang juga didokong oleh sebahagian intelektual dan ahli politik di negara-negara umat Islam kini.
Ancaman bahaya pelbagai pemikiran di zaman ini, dan dalam keadaan umat Islam sendiri tidak mempunyai kefahaman dan keyakinan yang benar-benar utuh terhadap Islam, menuntut kita semua untuk menghayati Islam serta mempelajari dan memahami falsafah ideologi tersebut bagi menolak kesesatannya.